TETAMU VVIP

Friday, December 30, 2011

Jalan² ke Klinik Gigi

Semalam petang bawa Asyraf dan Aliya jalan² gi klinik gigi...

masa turn Aliya, punya la puju rayu suruh duduk...
tapi bila turn Asyraf pulak,
rileks je dia....

siap bersilang kaki...

cayok la Asyraf berani macam mama...
harus puji diri sendiri...
lalalala....


nak share jadual Klinik Pergigian Putrajaya

Selasa dan Khamis petang adalah hari rawatan untuk kanak²...
Harap maklum



Thursday, December 29, 2011

Penyapu Alaf Baru


Nak Panggil penyapu boleh, nak panggil mop pun boleh....
tapi aku panggil penyapu...

Aku terpengaruh dengan penyapu ni bila baca blog kekawan...
katanya penyapu ni best, lekat habuk, rambut, cepat....
dan alasan yang paling munasabah dan masuk akal untuk aku beli penyapu ni ialah....
 penyapu ni sangat sesuai kepada mereka yang MALAS macam aku....

Dah banyak kali dah berangan nak beli penyapu ni....
Asal gi care4 je mesti ambik belek², pegang² dan letak semula...
tak beli pun, dapat pegang pun jadik la... ^_^
mahal kak oi...

Hati melonjak² nak beli, tapi bila pikir harganya sampai RM40+..
 rasa tak sanggup nak bazir duit banyak macam gitu itu semata² untuk beli penyapu....
baik duit tu buat beli benda lain...

kalo beli tudung kat pasar tani dah buleh dapat 4 helai... hihihihi
sungguh aku mengamalkan sistem kedekut...

Semalam gatal² belek catalogue TESCO ONLINE
terpandang penyapu ni...
RM25.88 sajok...

mula la tak senang duduk....
mula la rasa nak balik awal....
hahahhaha.....

akhirnya penyapu mahal dah berjaya dimiliki....
nak beli berkobar², cubanya belum lagi... 
biasala.. kata MALAS... huhuhu



nota hati : puas hati dapat beli


Wednesday, December 28, 2011

Jom Print Voucher Tesco


Print kat SINI


PERHATIAN !


JGN SESEKALI MENYENYI LAGU CINTA MKA BUKU -NAJWA LATIF-



kalo bole.. x pyah dngar lngsung krana ada ayt d dlm lirik nya yg bole buat kta agak terpesong !! ini lirik nya..

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku...

amboi~ ! syok nya nyanyi.. siap ikut rentak lgi ar.. hahaha ! kena tpu.. ! :P

nota : mak pun tertipu jugak.... agaggaga

Barisan Pelakon SONGLAP

Cerita 2 minggu lepas...
lalallaa......

Hirup coconut shake sambil nengok cite Songlap...
eh, makanan luar mana buleh masuk panggung wayang....

Apa pulak, kami minun coconut shake kat Klebang la...
mana ada bawak masauk wayang....
hohohoho....

Tengah sedap² minum coconut shake, sekali team cite SONGLAP sampai...
tara.... Shaheizy Sam dan Syafie Naswip...

dalam malu²....


sambungan cerita kat blog Mrs.k


Tuesday, December 27, 2011

Kongsi Bersama



TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)




nota hati : selamat beramal....

copy : Keluarga Besar Islam


Thursday, December 22, 2011

SBPA Masih Berjalan Seperti Ditetapkan

Kenyataan Akhbar: "Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam" 

Berikutan Terlalu Banyak Pertanyaan Yang Diterima Mengenai Status Pelaksanaan SBPA, Adalah Dimaklumkan Bahawa Opsyen SBPA Masih Berjalan Seperti Ditetapkan. JPA Bersama CUEPACS Akan Mengadakan Perbincangan Esok (23 Disember 2011) Bagi Membincangkan Isu Yang Dibangkitkan Oleh CUEPACS.

 
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
4.00 Petang, 22 Disember 2011.


sumber : PORTAL JPA 


 

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman. 

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari. 

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN 




"HAPPINESS" photo contest!



Jommm sertai "HAPPINESS" photo contest!
Hadiah  BERNILAI RM500.

Jangan lepaskan peluang ini!
 Lihat syarat² penyetaan di SINI



nota paling best : Segala jenis gambar yeng bertemakan "HAPPINESS" adalah diterima walaupun diambil menggunakan kamera handphone!


Nadia kawan sekolah cik Lynn


Duit Baru Tahun 2012

Duit Baru...

Berwarna-warni duit baru RM1, RM5, RM10, RM20 & RM100 tahun 2012


RM20



Nota hati : Gaji baru, duit pun baru.... ^___^


Wednesday, December 14, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam @ SBPA

Jom sama² kita nengok....
Bual bicara bersama KPPA di TV1



copy paste dari FB KPPA


Gila Bayang

Tengah giler bayang....
terbayang², terkenang²....
bila la nak merasa...



owh Prosperity....




nota hati : bila lalu depan mc'd xteringin la pulak....



Happy Birthday Aliya


Happy birthday to you..
happy birthday to you...
happy birthday to Aliya Qaisara....
happy birthday too you...


mama sayang Aliya...
Doa mama semoga Aliya menjadi anak yang solehah, bijak, berilmu...
berjaya dalam segala perkara..
amin




nota mama : jangan nakal², jangan suka sakat abang asyraf ok...

Friday, December 9, 2011

Cincang Suami Dan Kemudian Masak Kurma Mayat Suami


ISLAMABAD: Polis Pakistan menangkap seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan bukti.
Zainab Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari perkahwinan pertamanya.
Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum mencincang mayat mangsa.
Polis berkata, mereka mula menyiasat kes itu selepas jiran mengadu bau busuk yang datang dari rumah keluarga itu.
Anak saudara Zainab berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, juga ditangkap kerana didakwa terbabit mencincang mayat Ahmad. Ketika diwawancara oleh wartawan televisyen ARY di bilik kurungannya, Zainab berkata: “Saya bunuh suami saya sebelum dia menyentuh anak saya.” Kejadian mula terbongkar apabila tuan rumah Zainab, Behzad yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu, kecewa dengan bau busuk masakan dari tingkat atas.
Dia naik untuk menegur wanita itu.

Nota : patut ke tak patut???


info : cerita mamat

Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu

Isnin hari tu aku, laki bini cuti semata2 nak nengok wayang....
tiket awal2 lagi encik suami dah beli ..
Lambat beli, takut melepas....

Sampai GSC Alamanda, terpandang akan Lisa Surihani....
terus ajak Lisa bergambar...

Nak ajak Aaron Aziz bergambar, malu..
malu tandanya rugi, takpe ambik dari jauh je, janji ada..

Gambar Maya pun snap dari jauh..


gambar ngan patung kertas je pun, janji ada....
ko ada????
^_^

Wayang start kul 3.15pm..
 kami nengok cite Puss In Boots..

nak nengok Ombak Rindu....
takde maknanya encik suami nak layan....
hohohoho


Sehati berdansa

Gambar time konvo Asyraf dan Aliya aritu...
peram dalam draft...
sebelum jadi perkasam, baik aku mulakan story dogeng....
^__^


Tajuk di atas mungkin kena, mungkin jugak tak kena.
 takpe, janji ada tajuk....hohoho


Aliya kecik² lagi dah pandai nak berboypren....
Perkenalkan Adam, ni la bakal mentu mak...
>_<
Mesti nak ngan Adam...
kata cikgu, "Cantik (baca Aliya) nak menari dengan Adam je puan"
cer cikgu gandingkan Aliya ngan orang lain,
 harus jadi macam gini...
hohohoho....


Lagu chiken dance ni pesembahan pelajar 4 tahun kalo tak silap aku , tapi sebab Aliya xmo menari dengan orang lain, harus la Adam join... (Adam 5 tahun)
opsss.....
sape yang kontot ni...
Adam dengan gaya Pak Maon....
enjoy habis, pasangan sehati berdansa la katakan....
sesi melamar...
muahaha





nota hati : kemarau idea....

Wednesday, December 7, 2011

Prosperity Burger Kembali

Bila terpandang je iklan ni kat McD semalam,
mula la terbayang² keenakan serta kepedasannya....
mula la rasa mengidam....